Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina














































































Kelmarin aku menerima satu email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan pesalah tersebut dikenakan hukuman tembak sehingga mati.

Fuhh dasyat betul. Hukuman syariah yang mereka laksanakan memang tidak ada kompromis. Tapi timbul pulak persoalan adakah hukuman seperti ini sesuai jika dilaksanakan di negara ini berbanding hukuman yang telah Allah tetapkan dalam Al-Quran seperti rejam sampai mati. Adakah hukuman Allah ini dianggap kejam seperti apa yang berlaku di YAMAN Hanya mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah saja yang mengetahuinya bahawa sesungguhnya hukuman Allah itu amatlah pedih bagi mereka yang mengetahuinya.

Penduduk lihat hukuman rejam


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi


Somalia hukum Allah dilaksanakan walaupun belum menyeluruh

Sekumpulan 'militan Islam' memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

kenapa perkataan militan digunakan bila ada kumpulan yang menghukum pesalah dengan hukum Allah..mengikut syariat Islam..bukankah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah adalah wajib hambanya patuhi..

pagi tadi TV1 dalam rancangan SPM..bahagian sekmen tajuk2 akhbar pengulasnya menyatakan hukuman rejam sampai mati yang dibuat di Somalia itu adalah kejam...bila orang pertikaikan hukum yang Allah buat samalah dia pertikaikan Allah..siapa kamu untuk pertikaikan Pencipta kamu..cakap ikut sedap mulut tak guna ilmu..tak guna akal..ummi rasa ramai yang boleh tentukan apakah hukumnya kepada hamba yang pertikaikan perintah2 Allah..tu pasallah umat Islam sekarang ini terima macam2 bala...buat perkara yang Allah larang...tolak yang mana Allah suruh..

SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.
BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)


Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman keatas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud Bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali belarkunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam”

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Lihatlah disekeliling kita.. ambillah iktibar apa yang berlaku.. jaga anak cucu kita.. pergaulan mereka, cara pemakaian, percakapan dan tingkahlaku.fahamkan agama pada mereka... bimbing mereka secara kasih sayang dan belai mereka dengan
ajak mereka mendekati ULAMA.

0 Comments to "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina"

© Copyright Reserved kampungkualasala.blogspot.com