TERSANGAT AJAIB LAGI AMAT MENAKJUBKAN



MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

Kebesaran Allah dimana-mana sahaja sekarang ini, kita perlu menyedari bahawa apa yang diciptakan Allah pasti ada sebabnya, mengapa sebabnya tidak dizahirkan, kerana ada disebaliknya seribu satu rahsia Allah diberikan Allah pada hambanya supaya mereka senantiasa berfikir, bertafakkur, manyerapi persoalan rahsia Allah itu ke segenap pelusuk saluran darah kita agar diri kita senantiasa berjaga-jaga dan mengingati padanya...

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah dosa-dosa kami... dan dosa kedua-dua orang tua kami .. satukanlah hati kami memperjuangkan agamamu...

0 Comments to "TERSANGAT AJAIB LAGI AMAT MENAKJUBKAN"

© Copyright Reserved kampungkualasala.blogspot.com